Tips mudah masak bagi ibu bekerja


Terlebih dahulu sebelum mula saya ingin bertanya
Kenapa Ibu ibu di luar sana kna masak ?

-hidangan berkhasiat utk seisi keluarga , dapat mengawal penggunaan MSG, garam dan gula keterlaluan yang tidak elok utk kesihata

-penjimatan kos -sekali makan di luar rm20-30

Objektif perkongsian neesa harini ialah bagaimana ibu bapa hendak  memasak di rumah boleh jadi MUDAH dengan menekankan proses PERSEDIAAN SEBELUM MEMASAK

-sebab apa? Sebab ramai ibu ibu   kesuntukan masa bukan tak tahu masak.

-proses memasak yang agak lama menyebab kan kita ambil jalan mudah nak TAPAU sahaja dari kedai sepanjang perjalanan balik rumah

TIPS 1: PEMBELIAN, PEMBELIAN DAN PEMBUNGKUSAN

Jika membeli bahan mentah seperti ayam, daging atau ikan, beli untuk stok seminggu, jadi kita tak perlu menyinggah kedai setiap hari atau selang dua tiga hari.

Ini dah menjimatkan masa sebab sekali kita pergi kedai atau pasar malam, kita akan ambil masa mungkin 15 minit hingga satu jam sebab memusing-musing mencari barang.

Itu belum kira belanja lebihan sebab kita ‘terbeli’ benda-benda yang tidak sepatutnya.

masa membeli,minta penjual potong siap-siap bahan mentah tersebut. Contohnya: kalau minggu tu kita nak buat sup ayam, minta penjual ayam potong kecil-kecil ayam kita tu, kalau nak buat nasi ayam, potonglah empat.

Elakkan beli ayam seekor yang kita terpaksa potong sendiri di rumah. Pisau kita mungkin tidak setajam pisau pakcik jual ayam jadi ia akan merumitkan kerja-kerja kita.

Jadi, bila bahan mentah dah siap dipotong mengikut menu kita, balik rumah kita hanya perlu membersihkannya.

Bila dah siap cuci, bungkus bahan mentah mengikut kegunaan harian, jangan masuk semua dalam satu bekas atau satu plastik sebab ia akan menyukarkan kita bila nak masak nanti.

TIPS 2: PENYEDIAAN BAHAN TUMIS

Untuk bahan tumisan Bawang merah pun dah bertahun tidak digunakan, hanya gunakan bawang besar dan rasanya tidaklah jauh berbeza.

Sebiji bawang besar lebih kurang sama kuantiti dengan 4-5 biji bawang merah.. Jadi lebih baik saya kupas bawang besar sahaja berbanding bawang merah yang kecil-kecil dan merumitkan itu.

Berbalik kepada bahan kisar tadi, dalam peti ais saya akan ada 3 bekas bahan menumis yang sudah siap dikisar:

a)      Bawang besar + bawang putih

b)     Bawang besar + bawang putih + cili kering (elakkan mengisar cili kering sahaja, ia akan cepat berkulat dan berbau masam. Jika dicampur 3 bahan ini, bahan kisar akan tahan sehingga dua minggu)

c)      Halia (halia akan mudah kecut dan kering, maka dengan mengisarnya ia dapat mengelakkan halia dari cepat rosak)

Jika ada bahan-bahan kisar ni, cakap je hendak masak apa semua boleh guna.

TIPS 3: PENGGUNAAN GUNTING

lebih mudah apabila kita menggunakan gunting untuk potong sayur berdaun macam sawi, kangkung, bayam dan sebagainya (kacang panjang dan cili juga saya potong guna gunting).

Pada waktu-waktu terdesak (kalau tak terdesak pun saya buat juga akan potong             sayur-sayur tu terus masuk kuali hehe…

Contohnya: saya masak nasi/mee goreng, saya           potong sawi terus masuk kuali, tapi jangan lupa basuh dulu sawi tu ye.

TIPS 4: PENGGUNAAN OVEN/AIRFRYER/KUKUS

Konsep bakar sahaja ikan, ayam atau daging. Jika kita menggunakan kaedah ini, hanya masukkan bahan mentah dalam tu, pusing sahaja timer, kemudian tinggal. Bila bunyi ‘ting’ dah boleh makan

Maka sementara proses pembakaran tu, boleh la kita buat kerja lain seperti goreng sayur, basuh pinggan, mandi atau sebagainya. 2-3 kerja dalam satu masa.

TIPS 5: MASAK ALL IN ONE

Selalu yg biasa kita masak nasi lauk dan sayur.Tapi bila sibuk kita boleh masak masakan yg boleh campur lauk dan sayur sekali

Contohnya :
1) paprik -letak lada,kacang
2)sup -sawi,kubis bunga
3) tomyam-kubis bunga

TIPS 6: ZIKIR KETIKA MASAK
Jangan lupa utk selang dengan zikir dan selawat..suami dan anak2 pun mesti jatuh cinta dengan masakan kita.

NEESA HALIM
0133638180
www.wasap.my/0133638180

0 comments:

Post a Comment