Bila anak suka mengajuk cakap ibu bapa?

Kakak aliya bersukaneka di sekolah

Ada peserta kursus bertanya mengenai anaknya. Puan boleh ke saya tahu kenapa anak saya suka mengajuk cakap saya apabila saya bercakap?


Saya tanya pendapat kawan yang lain di dalam kelas. Berbagai bagai jawapan yang di terima.

Antaranya yang saya terima jawapannya 

1. Anak kurang perhatian. yess ini antara jawapan utama. 

Itu sebab anak akan mengajuk cakap mak ayahnya. 


Pada suatu hari, anak ini membuat eksperimen dan menghasilkan hipotesis. Ajuk cakap mak ayah apabila mak ayah berborak atau menyuruh dia buat sesuatu. Hipotesis : Mak ayah akan pandang ke tidak sekiranya aku mengajuk dan meniru cakap mak ayah. 


 anak-anak bercerita dengan mak ayah contohnya di rumah. Cerita cerita punya banyak cerita hanyalah didengari sahaja tetapi tiada respon mak ayah seperti bertanya kembali atau tiada eye contact... buat penat mereka bercerita. Satu habuk apa pun tiada kata apa apa dari mak ayah. Ishhh tak boleh jadi ni.. kenapa mak ayah tak nak cakap apa apa atau respon cerita mereka ni? 


Zassss... 


Apabila mak ayah duk bercakap cakap dan berbual bual. Anak pun melakukan eksperimen yang pertama.... anak pun mengajuk atau mengikut semula apa yang mak ayah cakap setiap kali mak ayah berbual atau bercakap... 


Masa ini ayah dan emak memandang pada anak. Mak ayah bertanya kenapa mengajuk apa yang mak ayah cakap semula... paling tak, anak tersebut kena marah eye to eye... 


Yezzza eksperimen dan hipotesis berjaya... 


Mak ayah ni baru respon apabila anak ini meniru setiap kali mak ayah bercakap.. 

Anak itu berfikir mak ayah akan berikan perhatian dan pandang ke arah mereka sekiranya meniru apa yang mak ayah cakapkan sebab sebelum ini anak duk pong pang pong pang seorang tiada respon mak ayah langsung... 


Anak bijak untuk menyelesaikan masalah... so nak mak ayah beri perhatian dengan cara begitu.. 


So pastikan anda sebagai ibu bapa tidak terperangkap dalam eksperimen dan hipotesis anak yang salah. 


Respon pada cerita mereka setiap kali bersama. Bertanya semula pada anak, pendapat mereka. Setiap kali pastikan ada eye contact ketika bercakap dengan anak anak. 


Refleksi balik apa yang mereka lakukan... tegur mana yang salah, beri pujian sekiranya tindakan anak itu bagus... 


❤daebak bersama Teacher Neesa ❤๐Ÿ‘ฉ‍๐ŸŽ“๐Ÿ‘ฉ‍๐ŸŽ“

0 comments:

Post a Comment