Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts
Chicken pox atau nama lain cacar air. Chicken pox berlaku disebabkan oleh virus Varicella (virus jenis herpes) dan ia sangat mudah berjangkit. Chicken pox boleh berlaku pada semua orang tidak kita kanak-kanak atau orang dewasa. Tapi, orang dewasa akan mengalami chicken pox yang lebih teruk.


Chicken pox ini boleh merebak menerusi sentuhan, cecair, bahan yang tercemar dengan cacar apabila ia terkena pada pakaian, ataupun tuala daripada orang yang terkena chicken pox. Orang yang terkena chicken pox boleh menyebarkan virus dan menjangkiti orang lain dalam tempoh 48 jam sebelum ia menjadi ruam dan timbul cacar air. Apabila cacar air tadi sudah kering dan berkeruping barulah ia tidak akan merebak. Tapi anda perlu berhati-hati juga.


Tanda / Gejala Chicken Pox

·               Demam dengan bintik merah di badan
·               Ruam naik dalam 2 minggu selepas jangkitan 
·               Bintik merah makin bertambah banyak dan membentuk gelembung berisi air
·               Gelembung yang pecah akan kering dan berkeruping
·               Badan akan rasa gatal
·               Sakit perut
·               Tiada selera untuk makan
·               Sakit kepala
·               Rasa tidak selesa
·               Badan rasa letih

Apakah chicken pox berbahaya?

Chicken pox berbahaya dan berisiko kepada:

·               Bayi yang baru lahir dan si ibu tidak pernah terkena chicken pox.
·               Ibu yang mengandung - bayi berisiko cacat, tidak cukup berat, jangkitan dan berbahaya untuk nyawa bayi.
·               Mereka yang lemah sistem pertahanan badan.







Cara Merawat dan Menghilangkan Parut Chicken Pox Dengan Cepat 


1. Air Kelapa

Anda boleh cuba minum dan menyapu air kelapa pada chicken pox. Air kelapa mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral dan zat galian. Yang penting dalam air kelapa ini juga ada asid laurik dan cytokines yang bagus untuk membantu menyembuhkan dan melembutkan kulit, memperbaiki parut, kulit kering, kedutan dan sebagainya. 


2. Jus Lemon
 
Anda boleh menyapu jus lemon pada parut chicken pox. Lemon kaya dengan vitamin C yang penting untuk menghasilkan kolagen dia dalam badan. Kolagen sangat penting untuk kulit kerana ia boleh memperbaiki kulit yang rosak seperti parut chicken pox. 


Selain itu, lemon juga ada mengandungi asid alpha hydroxy (AHA). Ia boleh membantu memperbaiki dan menipiskan parut pada kulit yang disebabkan chicken pox. 

3. Madu

Anda boleh menyapu madu pada kulit. Boleh mencampurkan madu dengan oat dan jadi scrub untuk disapu pada parut chicken pox. Madu boleh membantu memperbaiki parut, memulihkan sel kulit mati tukar kepada yang baru dan melembapkan kulit yang kering.


4. Lidah Buaya

Lidah buaya atau Aloe Vera antara yang terkenal untuk kulit. Ia juga bagus untuk merawat kulit dan kesan parut chicken pox. Anda boleh menyapu gel aloe vera pada parut chicken pox setiap hari.  


5. Menyapu baking soda pada kulit

Ini untuk mengelak dan mengurangkan gatal-gatal serta ruam akibat chickeb pox. 

6. Mandi dengan air halia

Ia juga baik untuk mengatasi dan menghilangkan gatal akibat chicken pox pada kulit anda.

7. Jangan takut untuk mandi

Mandi boleh membersihkan badan anda yang ada kesan chicken pox, mengurangkan demam & rasa gatal pada badan anda.


8. Duduk di tenpat sejuk atau berangin
 
Tujuannya untuk mengelak kulit berpeluh yang boleh menyebabkan ruam terjadi pada kulit terutama di kawasam terkena chicken pox. 


9. Jaga makan. 

Sebaiknya bila terkena chicken pox anda digalak mengambil buah dan sayur terutama yang ada vitamin C. Elakjan mengambil makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti telur, daging, makanan laut dan produk tenusu. 


10. Banyakkan minum air kosong

Ini bagi membantu anda kehilangan air yang banyak atau dehidrasi. Dehidrasi boleh melemahkan sistem imun tubuh anda dan boleh melambatkan proses pemulihan.




NutriFeron

Penggalak imun semulajadi. Ia meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan virus yang menyebabkan chicken pox. Lebih mudah untuk diambil kerana dia dalam bentuk paket.

2. Vitamin C

Tinggi antioksidan juga baik untuk memperkuatkan sistem ketahanan badan masa terkena chicken pox. Demam cepat kebah. Vitamin C juga baik untuk kulit, dia membantu menghasilkan kolagen. Jadi parut dan kesan chicken pox akan cepat pulih dari biasa.




3. Vitamin E

Terbaik untuk parut untuk memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat chickex pox. Amalkan setiap hari parut boleh pudar dan kulit tak kering.

4. Performance Drink 

Mencegah dehidrasi / kehilangan air masa terkena chicken pox. Bila cukup kandungan air dalam badan, badan anda tidak akan berasa letih dan lesu.

5. ESP 

Protein untuk membantu memperbaiki sel-sel kulit yang rosak kesan daripada chicken pox. Jika ada bekas chickex pox berwarna gelap anda boleh mengamalkan ESP kerana ia boleh mecerahkan bekas parut hitam. Proses penyembuhan kulit dan luka juga lebih cepat sembuh dari biasa.

Untuk kanak-kanak, anda boleh gantikan ESP dengan 
Meal Shakes

6. Herbal Blend Cream

Krim terbaik untuk kulit kita. Sangat bagus untuk disapu pada kulit anda bagi membantu mengurangkan rasa gatal, memperbaiki parut dan membantu kulit yang kering dan berkeruping. Krim ini sesuai untuk bayi, kanak-kanak hingga dewasa.


Jika anda ada mengalami chickex pox, mulakan rawatan dengan segera. Jangan biarkan parut dan kesan chicken pox. Ia boleh diperbaiki. Yang penting kita berusaha untuk merawatnya. 


Neesa Halim
0133638180

KENAPA KESIHATAN IBU AMAT PENTING SEMASA TEMPOH BERPANTANG?


The important thing to remember: While you're focusing your care and attention on your new baby, remember that it's essential to care for your own health. If you're not well in mind and body, it's that much harder to care for the little person you've brought into the world.


ok jawapannya ibu berpantang wajib jaga kesihatan supaya dapat menjaga bayi yang baru dilahirkan. kalau diri sendiri pun tak terjaga, agak sukar untuk si ibu menjaga bayinya.



Apa dilema seorang ibu yang dalam berpantang?





-sembelit kerana kurang minum air dan sukar untuk meneran
-sakit di bahagian faraj kerana jahitan episiotomi atau koyak sebab kepala bayi besar
-sakit di bahagian faraj akibat jangkitan kuman
-faraj berbau
-pendarahan post partum dengan simptom seperti denyutan nadi yang pantas, pening kepala.
-sakit kepala akibat kesan sampingan epidural atau pra-eklampsia bersama dengan penglihatan kabur dan/atau berasa loya
-imsonia akibat jadual tidur yang berubah mengikut peel bayi
-demam panas
-kemurungan
-berfikir hendak bunuh diri
-sakit rengat
-bengkak susu
-rambut keguguran
-kulit muka pucat
-wajah kurang berseri


simptom tibi adalah bila batuk berpanjangan dan ada di kalangan ibu hamil juga pernah mengalami batuk sebegini

pesan doc tadi jangan dipandang ringan kerana ia boleh jadi tibi

yang menarik doc tadi juga berkongsi risiko bila tibi tidak dirawat selepas proses kelahiran
sebabnya ia boleh berjangkit kepada bayi semasa ibu menyusu
kerana medium tibi ialah udara
walaupun dah ambil vaksin, kena tahu yang vaksin pun ada tarikh luputnya


vaksin untuk tibi luput dalam masa 15 tahun


katakan kita hamil umur 25tahun badan kita dah tiada perlindungan huhu


MANFAAT VIVIX BAGI IBU BERPANTANG


✔️Menyembuhkan organ peranakan dan
✔️Memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.
✔️Memulihkan luka bersalin sama-ada luka luaran atau dalaman.
✔️Mengembalikan kecantikan tubuh.
✔️Mengelakkan stress atau gila meroyan

bagaimana vivix bertindak dalam menyembuhkan/memberikan manfaat di atas kepada ibu berpantang?


🍇Vivix Bersifat Antioksidan Paling Unggul
Semasa berpantang, adalah penting kita menjaga kesihatan diri kita di samping kita menjaga bayi. Bunyi macam remeh ye la masa berpantang duk terkurung je dalam rumah mana mungkin kita akan jatuh sakit tapi kita perlu ingat diri kita juga terdedah kepada risiko atas faktor cuaca dan juga kesihatan mereka yang tinggal bersama dengan kita. Malah tak cukup nutrisi juga boleh mendedahkan kita kepada penyakit sebab menu berpantang yang agak strict.
Jadi dengan mengamalkan supplemen yang mempunyai antioksida tinggi sekurang-kurangnya dapat memelihara tubuh badan kita daripada demam, selsema, penyakit berjangkit dan jangkitan kuman.


🍇Memperbaiki sel
Proses kelahiran samada normal atau caesar, kedua-duanya akan melalui proses episiotomi, yakni dijahit. Resveratrol di dalam Vivix membantu untuk memperbaiki dan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Jadi luka jahitan cepat sembuh, kering dan kurang risiko bernanah. Ada yang memberikan feedback bila mengamalkan Vivix, luka caesar mereka sembuh dalam masa seminggu. Berbanding mengamalkan ikan haruan, doktor kurang menggalakkan kerana didapati akan menyebabkan adhesions.

Adhesions are fibrous bands that form between tissues and organs, often as a result of injury during surgery. They may be thought of as internal scar tissue that connects tissues not normally connected.
https://en.wikipedia.org/wiki/Adhesion_(medicine)

Lapisan kulit kita terdiri daripada 3 lapisan iaitu epidermis, dermis dan hipodermis. Hasil feedback daripada rakan-rakan yang mengamalkan ikan haruan semasa anak pertama, kesannya untuk kelahiran anak seterusnya.  Sewaktu doc belah perut, doc mengambil masa yang lama iaitu 2-3 jam untuk mengasingkan kulit yang berserabut. Ada rakan saya lapisan kulit antara usus dan rahim sambung menyambung dan ini yang dipanggil adhesions. Bila adhesions berlaku ia menjadi tugas sukar bagi doc kerana untuk memisahkannya bukan satu kerja mudah dan ibu berkenaan juga agak stress kerana terpaksa melalui proses di atas selama berjam-jam.


🍇memulihkan dan memberikan tenaga selepas proses kelahiran
Vivix mengandungi polyphenols yang membantu untuk meningkatkan mitochondria dalam sel. Bila bilangan mitochondria dalam sel meningkat, badan kita akan merasa lebih bertenaga.
Ibu berpantang perlu sentiasa bertenaga supaya dapat menguruskan diri dan bayi dengan baik.


🍇resveratrol membantu meningkatkan metabolisme
dalam tempoh berpantang, kebanyakan daripada kita perlu kurang gerakan. Jadi selama 44 hari kita tak dibenarkan untuk exercise.
sedangkan exercise ni penting untuk tingkatkan metabolisme kita. bila amalkan vivix, di dalamnya terkandung resveratrol yang telah dikaji oleh saintis membantu untuk meningkatkan metabolisme. Kalau boleh dalam apa keadaan sekalipun, kita perlu kekalkan tahap metabolisme badan kita. bila metabolisme kita turun, maka kegemukan boleh terjadi akibat makanan susah untuk dicerna.


5 perbezaan utama di antara supplement Shaklee dan jamu seperti di bawah:


1. Bahan kandungan Vitamin: Setiap bahan yang digunakan bagi memformulasi supplement Shaklee dipantau serta melalui ujian klinikal untuk mengetahui kesan kepada manusia. Malah, setiap supplement Shaklee yang dijual di Malaysia turut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 Jamu: Ada di antara bahan di dalam jamu tidak diketahui sumbernya terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka panjang juga tidak dapat dikenalpasti.


2. Khasiat dan penyerapan oleh badan Vitamin: Vitamin merupakan macronutrient dan micronutrient yang dalam bentuk paling ringkas dan dikenali oleh badan untuk penyerapan khasiat yang lebih cepat. Contohnya, di antara buah limau dan pil Vitamin C, badan akan menyerap pil Vitamin C lebih cepat berbanding Vitamin C di dalam buah limau

Jamu: Jamu juga mempunyai khasiat namun bentuknya yang kompleks memerlukan badan untuk mengurai bahan jamu kepada bentuk yang boleh diserap oleh badan terlebih dahulu dan mengambil masa untuk badan menyerap khasiat tersebut.


3. Memenuhi keperluan badan ibu dan juga bayi: Vitamin memenuhi keperluan zat dan mineral yang diperlukan oleh ibu dan bayi untuk lebih sihat,menguatkan sistem imun,perkembangan fizikal dan membentuk perkembangan otak melalui penyusuan.Ia juga membantu pengeluaran susu ibu.

Jamu : Tidak memberi manfaat kepada bayi,malah ia boleh mengundang jaundice lebih tinggi kepada bayi.Tidak membantu menghasilkan susu ibu.


4. Kesan kepada bayi : Vitamin mengandungi bahan yang tidak membahayakan bayi malahan membantu tumbesaran bayi yang sihat dengan penyaluran segala nutrient melalui penyusuan susu bayi. Ibu masih boleh meneruskan pengambil supplement walaupun anak mengalami penyakit demam kuning atau JAUNDICE.

Jamu: Secara asasnya, jamu adalah bahan makanan yang panas dan ibu perlu memantau keadaan bayi samada mengalami cirit birit atau sebaliknya. Malahan kebanyakan doktor tidak membenarkan si ibu untuk meneruskan pengambilan jamu sekiranya membawa kesan kepada bayi khususnya dalam meningkatkan risiko JAUNDICE.


5. Waktu pengambilan selepas bersalin Vitamin: Pengambilan supplement boleh dimulakan seawal hari pertama bersalin sama ada si ibu bersalin secara normal atau caesarian (pembedahan)

Jamu: Rata-rata pengambilan jamu selepas bersalin hanya boleh dimulakan selepas memasuki minggu kedua bagi memastikan bayi sudah tiada jaundice. Bagi bayi yang mengalami masalah breastfeeding/prolonged jaundice, si ibu lazimnya dinasihatkan untuk tidak mengambil jamu sama sekali.


Jom ketahui punca kehadiran jeragat / bintik-bintik hitam
 
 

1. Pendedahan Sinaran matahari

Sering terdedah kepada sinaran matahari merupakan punca terjadinya jeragat. Kita boleh atasi dengan menggunakan krim yang mempunya sunblock untuk menghindarkan kulit dari terkena secara terus sinaran matahari (UV).

2. Pengambilan pil/ubat perancang

Penggunaan ubat perancang juga boleh menyebabkan hormon dalam badan kita terganggu. Ketidakstabilan hormon merupakan salah satu punca terjadinya kehadiran jeragat.

3. Penggunaan kosmetik / rawatan kulit yang tidak sesuai dengan kulit

Dengan penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit merupaka salah satu puncanya. Bahan yang digunakan mungkin mempunya bahan kimia yang merbahaya yang boleh menghakis kulit dan menyebabkan kulit kita rosak. Apabila kulit menipis dan rosak maka mudah untuk sinaran UV tembus memasuki lapisan kulit kita.

Petua-Petua secara tradisional untuk menghilangkan jeragat terutama di wajah

1.      Ambil beberapa daun sireh muda, kemudian simpan daun sireh ini di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai daun sireh dan gosokkan di kawasan jeragat. Biar kering sebentar dan bilas dengan air suam.

2.      Hampas kelapa selepas diperah santannya jangan dibuang tau. Ambil sedikit hampas kepala tu kemudian gosok-gosok di muka, biar selama 15 min kemudian cuci dengan air suam. selain boleh memudarkan jeragat ia juga boleh menghalus dan menggebukan kulit.

3.      Ambil 1 sudu tepung jagung, perahkan sebiji air limau purut atau limau nipis, agak-agak sampai pekat dan boleh di sapu di muka seperti masker. Biar kering seketika dan boleh bilas dengan air suam.

4.      Jika makan pisang berangan tu jangan lagi buang kulitnya tu. Sapu-sapu dulu di kawasan yang naik jeragat tu, biar kering sekejap kemudian bilas dengan air.

5.       Ambil segenggam beras dan rendamkan seketika, lebih kurang 1 jam macam tu, kemudian tos dan tumbuk bersama-sama kunyit hidup lebih kurang 1 cm sehingga lumat. Kemudian perahkan sebiji limau nipis/purut kedalam beras yang di tumbuk tadi beserta sebiji putih telur.. gaul sebati dan boleh tempek di muka sebagai masker. Biar kering seketika dan boleh bilas dengan air suam.

6.      Ambil putih telur dan masukkan tisu ke dalam putih telur tu. Ambil tisu tadi dan tempek dimuka yang ada jeragat tu. Biar kering dan bilas.

7.      Tumbuk 1cm kunyit hudup hingga lumat, campurkan sedikit tepung ubi dan juga perahan air limau nipis/purut srta 1 biji putih telur. Gaul sebati dan sapu di muka. Biar lebih kurang 20min kemudian bilas dengan air suam.



Jom ketahui petua moden untuk menghilangkan jeragat di wajah.


Dah cara pun menggunakan petua moden, jadi pastinya lebih senang dan mudah. Dengan pengambilan supplement (makanan tambahan) berikut dapat membantu mengurangkan dan menghilangkan masalah jeragat yang dihidapi. Vitamin-vitamin tersebut adalah seperti Vitamin C, Vitamin E dan juga Protein. Jom kita baca dan ketahui bagaimana vitamin-vitamin ini berfungsi.

Vitamin C

Penting dalam pembentukan kolagen, kolagen mula mnyusut apabila usia menjangkau 25 tahun. Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik. Kulit yang berjeragat adalah disebabkan oleh lapisan kolagen pada kulit semakin menyusut/hilang.



Macamana kita hendak tahu kulit cukup kolagen atau tak?

Kulit yang kurang kolagen adalah kulit yang lemah dan sangat mudah untuk jeragat dan jerawat naik.Cara untuk hilangkan jeragat adalah dengan ambil Vitamin C Sustain Release. Dimana ia memastikan Vitamin C sentiasa ada di dalam badan selama 5 jam! Jeragat akan pudar dan mudah hilang bila kulit cukup dengan Vitamin C. Malah akan membantu untuk mencerahkan kulit muka apabila sel-sel diperbaharui.

Vitamin E

Terkenal sebagai vitamin awet muda @ vitamin cantik. Ia juga mampu melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene.
Bertindak sebagai pelindung UV untuk muka kita. Sinaran matahari yang terus pada kulit boleh menyebabkan radikal bebas merosakkan sel kulit kita. Vitamin E melindungi ataupun menjadi benteng pertahanan sebelum sinaran UV masuk ke sel kulit. Best tak ada sunblock natural? So kolagen kulit kita akan terpelihara kan.

Protein

Ianya mampu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat). Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru. Iaitu protein yang bertindak untuk memperbaiki sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru. Bintik-bintik hitam jeragat yang terjadi disebabkan oleh kulit mati yang tidak diperbaharui. Kulit mati semakin lama semakin dibiarkan memang mudah untuk jerawat ataupun jeragat naik. Untuk kesan yang lebih cepat, boleh gunakan set YOUTH skincare untuk hilangkan jeragat di muka.








 Neesa Halim
0133638180

Daebak yo bersama Neesa Halim