Showing posts with label Vita C. Show all posts
Showing posts with label Vita C. Show all posts
Neesa nak kongsikan apa itu ekzema. Antara simptom ekzema yang biasa berlaku ialah kekeringan dan kegatalan pada kulit yang mana telah dialami hampir 20% daripada jumlah kanak-kanak (secara kasarnya satu dalam lima orang) dan kira-kira 4% daripada jumlah orang dewasa.



Siapa tahu apakah itu Ekzema? Ekzema sama seperti masalah kulit yang lain juga seperti dermatitis dan alahan lebih mudah untuk dijangkiti kepada mereka yang memang memiliki kulit yang kering, sensitif atau mengalami masalah sistem imun.

Manakala bagi orang dewasa pula, simptom-simptomnya akan lebih teruk berbanding yang dialami oleh kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa bayi dan kanak-kanak biasanya dapat mengatasi ekzema ini secara normal pada awal usia mereka.

Memandangkan ahli dermatologi biasanya akan memilih untuk merawat ekzema dengan memberikan krim sapuan dan kadang kala menggunakan ubat untuk membunuh bakteria atau membetulkan semula tindakan sistem imun, terdapat juga rawatan ekzema yang berasaskan bahan-bahan semula jadi.

Bagi Neesa macam macam cara Neesa dah buat untuk atasi ekzema. Neesa ada ekzema yang sangat teruk juga di kulit. Memang macam macam krem doktor klinik bagi untuk leraikan atau kurangkan ekzema pada kulit. Tapi masih tidak elok. Malu juga dengan suami pada awal berkahwin dahulu. Nasib baik suami Neesa sangat memahami. 

Apapun neesa kena usaha la jugakan atasi ekzema Neesa tu. Bayangkanlah bila kering kulit tersebut dia punya gatal tu tak dapat nak diceritakan.

Tips / cara yang Neesa gunakan ialah :

1. Banyakkan minum air masak 3L
2. Amalkan Vita C Sustainable release 3-4biji sehari
3. B complex 1 biji sehari untuk atasi stress dan tekanan.  
4. Esp Shaklee 2 scoop dicampurkan dengan 400ml air  suam - kandungan protein yang tinggi.
5. Meal shake / Vita Lea - Kandungan multivitamin yang tinggi. 
6. Vivix - satu sudu sehari
Setiap hari Neesa amalkan tips di atas. Alhamdulillah kulit yang ekzema kini tiada lagi. Malah kalau kulit nampak kering Alhamdulillah cepat bertindak balas.


Neesa Halim
Elegant Training & Consultation Services
1295428  - ID Shaklee








Bila hidung gatal memang tak selesa. So neesa nak kongsikan tentang tips bagaimana nak atasi hidung gatal dan sentiasa bersin dengan mudah dan berkesan. 




Perkongsian video tips nak atasi hidung gatal dan sentiasa bersin. Ini adalah testimoni customer yang pernah bertanya tentang produk yang  boleh mengatasi hidung gatal dan sentiasa bersin. 

Apa yang Neesa nak kongsikan dapat membantu sahabat sahabat di luar sana. 

Daebak yo bersama Neesa Halim
Elegant Training & Consultation Services 
Neesa nak kongsikan pengalaman Neesa mengenai gusi Neesa sering berdarah ketika waktu dulu. Bila gosok gigi dengan anak-anak, sering mereka tanya "mama kenapa ada darah?".














Apa jawapan yang hendak diberi ni? Takkan nak menipu pula pada si kecil ni kan.
Terpaksa la jujur. Mama dulu tak rajin gosok gigi, kurang nutrisi lagi la ni. Kurang Ostematrix, zinc complex dan Vita C. 

Vita C plus 
Harga : RM 97.00
 
Ini adalah Vita Lea
120 biji
Harga : RM 93.00 





Ini adalah vivix 
Harga : RM 450.00 



Ini adalah ostematrix 
120 biji satu botol 
Harga : RM 61.00 

Neesa pun mencuba lama juga makan vita Ostematrix, C dan Vita Lea (ada kandungan zinc complex yang cukup untuk badan kita). Tambahan lagi Neesa juga pergi ke klinik gigi juga untuk buat rawatan gigi yang kian lama tidak buat. 

Alhmdulillah sekarang masih konsisten Ostematrix, Vita C dan Vita Lea. Gusi kini tidak berdarah. Apapun jaga pemakanan yer terutama ibu ibu sebab ini pengalaman Neesa bagi ibu ibu kandungan kalsium mudah hilang. Ini adalah masa mengandung, ibu-ibu telah membekalkan kalsium pada bayi dalam kandungan. Itu yang terasa sakit pinggang dan gusi sakit. Tanda-tanda kalsium telah di ambil oleh bayi. Maka ibu-ibu perlu mendapatkan bekalan kalsium dengan memakan ostematrix. 

Neesa Halim
Elegant Training & Consultation Services 

Chicken pox atau nama lain cacar air. Chicken pox berlaku disebabkan oleh virus Varicella (virus jenis herpes) dan ia sangat mudah berjangkit. Chicken pox boleh berlaku pada semua orang tidak kita kanak-kanak atau orang dewasa. Tapi, orang dewasa akan mengalami chicken pox yang lebih teruk.


Chicken pox ini boleh merebak menerusi sentuhan, cecair, bahan yang tercemar dengan cacar apabila ia terkena pada pakaian, ataupun tuala daripada orang yang terkena chicken pox. Orang yang terkena chicken pox boleh menyebarkan virus dan menjangkiti orang lain dalam tempoh 48 jam sebelum ia menjadi ruam dan timbul cacar air. Apabila cacar air tadi sudah kering dan berkeruping barulah ia tidak akan merebak. Tapi anda perlu berhati-hati juga.


Tanda / Gejala Chicken Pox

·               Demam dengan bintik merah di badan
·               Ruam naik dalam 2 minggu selepas jangkitan 
·               Bintik merah makin bertambah banyak dan membentuk gelembung berisi air
·               Gelembung yang pecah akan kering dan berkeruping
·               Badan akan rasa gatal
·               Sakit perut
·               Tiada selera untuk makan
·               Sakit kepala
·               Rasa tidak selesa
·               Badan rasa letih

Apakah chicken pox berbahaya?

Chicken pox berbahaya dan berisiko kepada:

·               Bayi yang baru lahir dan si ibu tidak pernah terkena chicken pox.
·               Ibu yang mengandung - bayi berisiko cacat, tidak cukup berat, jangkitan dan berbahaya untuk nyawa bayi.
·               Mereka yang lemah sistem pertahanan badan.







Cara Merawat dan Menghilangkan Parut Chicken Pox Dengan Cepat 


1. Air Kelapa

Anda boleh cuba minum dan menyapu air kelapa pada chicken pox. Air kelapa mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral dan zat galian. Yang penting dalam air kelapa ini juga ada asid laurik dan cytokines yang bagus untuk membantu menyembuhkan dan melembutkan kulit, memperbaiki parut, kulit kering, kedutan dan sebagainya. 


2. Jus Lemon
 
Anda boleh menyapu jus lemon pada parut chicken pox. Lemon kaya dengan vitamin C yang penting untuk menghasilkan kolagen dia dalam badan. Kolagen sangat penting untuk kulit kerana ia boleh memperbaiki kulit yang rosak seperti parut chicken pox. 


Selain itu, lemon juga ada mengandungi asid alpha hydroxy (AHA). Ia boleh membantu memperbaiki dan menipiskan parut pada kulit yang disebabkan chicken pox. 

3. Madu

Anda boleh menyapu madu pada kulit. Boleh mencampurkan madu dengan oat dan jadi scrub untuk disapu pada parut chicken pox. Madu boleh membantu memperbaiki parut, memulihkan sel kulit mati tukar kepada yang baru dan melembapkan kulit yang kering.


4. Lidah Buaya

Lidah buaya atau Aloe Vera antara yang terkenal untuk kulit. Ia juga bagus untuk merawat kulit dan kesan parut chicken pox. Anda boleh menyapu gel aloe vera pada parut chicken pox setiap hari.  


5. Menyapu baking soda pada kulit

Ini untuk mengelak dan mengurangkan gatal-gatal serta ruam akibat chickeb pox. 

6. Mandi dengan air halia

Ia juga baik untuk mengatasi dan menghilangkan gatal akibat chicken pox pada kulit anda.

7. Jangan takut untuk mandi

Mandi boleh membersihkan badan anda yang ada kesan chicken pox, mengurangkan demam & rasa gatal pada badan anda.


8. Duduk di tenpat sejuk atau berangin
 
Tujuannya untuk mengelak kulit berpeluh yang boleh menyebabkan ruam terjadi pada kulit terutama di kawasam terkena chicken pox. 


9. Jaga makan. 

Sebaiknya bila terkena chicken pox anda digalak mengambil buah dan sayur terutama yang ada vitamin C. Elakjan mengambil makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti telur, daging, makanan laut dan produk tenusu. 


10. Banyakkan minum air kosong

Ini bagi membantu anda kehilangan air yang banyak atau dehidrasi. Dehidrasi boleh melemahkan sistem imun tubuh anda dan boleh melambatkan proses pemulihan.




NutriFeron

Penggalak imun semulajadi. Ia meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan virus yang menyebabkan chicken pox. Lebih mudah untuk diambil kerana dia dalam bentuk paket.

2. Vitamin C

Tinggi antioksidan juga baik untuk memperkuatkan sistem ketahanan badan masa terkena chicken pox. Demam cepat kebah. Vitamin C juga baik untuk kulit, dia membantu menghasilkan kolagen. Jadi parut dan kesan chicken pox akan cepat pulih dari biasa.




3. Vitamin E

Terbaik untuk parut untuk memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat chickex pox. Amalkan setiap hari parut boleh pudar dan kulit tak kering.

4. Performance Drink 

Mencegah dehidrasi / kehilangan air masa terkena chicken pox. Bila cukup kandungan air dalam badan, badan anda tidak akan berasa letih dan lesu.

5. ESP 

Protein untuk membantu memperbaiki sel-sel kulit yang rosak kesan daripada chicken pox. Jika ada bekas chickex pox berwarna gelap anda boleh mengamalkan ESP kerana ia boleh mecerahkan bekas parut hitam. Proses penyembuhan kulit dan luka juga lebih cepat sembuh dari biasa.

Untuk kanak-kanak, anda boleh gantikan ESP dengan 
Meal Shakes

6. Herbal Blend Cream

Krim terbaik untuk kulit kita. Sangat bagus untuk disapu pada kulit anda bagi membantu mengurangkan rasa gatal, memperbaiki parut dan membantu kulit yang kering dan berkeruping. Krim ini sesuai untuk bayi, kanak-kanak hingga dewasa.


Jika anda ada mengalami chickex pox, mulakan rawatan dengan segera. Jangan biarkan parut dan kesan chicken pox. Ia boleh diperbaiki. Yang penting kita berusaha untuk merawatnya. 


Neesa Halim
0133638180

Terkena kencing kotor semasa hamil memang menyakitkan. Ibu yang alami kencing kotor semasa hamil sahaja tahu tahap kesakitannya. Kencing kotor ini bukan maksudnya kencing kotor yang berkeladak tapi sebenarnya kencing kotor ini ialah jangkitan kuman di saluran kencing ataupun Urinary tract infection (UTI).

Jangkitan kuman kencing kotor ini melibatkan pundi kencing , ginjal ,saluran kencing ureter
(hubungkan punding kencing dan buah pinggang) dan saluran kencing urethra (yang disambungkan pundi kencing keluar dari tubuh).

Kencing kotor semasa kita akan rasa kerap nak kencing tetapi bila kencing akan keluar sikit je . Kemudian kita akan rasa sakit di ari-ari dan ngilu sangat . kalau kita ada rasa ini cepat berjumpalah dengan doktor. Ibu hamil mudah dijangkiti kencing kotor berbanding wanita tidak hamil.

Tanda-Tanda Kencing Kotor Sewaktu Hamil

1) Akan rasa sakit semasa membuang air kecil

2) Tidak boleh tahan untuk membuang air kecil

3) Akan rasa sakit di bahagian ari-ari

4) Miss V rasa gatal-gatal

5) Tidak puas buang air kecil

6) Air kencing bewarna keruh atau berdarah

7) Demam sejuk mengigil



Kesan Kencing Kotor Pada Ibu Hamil Dan Bayi

Jika kita tidak atasi kencing kotor secepat mungkin, Kuman akan merebak naik dari pundi kencing ke arah ginjal, ini boleh menyebabkan keadaan semakin parah. Kemudian , berisiko lahirkan bayi tidak cukup bulan dan juga bayi yang di lahirkan tidak cukup berat.




Tips Atasi Kencing Kotor Ketika Hamil


1) Banyakkan minum air masak , sekurangnya sehari kita minum 8 gelas air sehinggalah air kencing kita kelihatan jernih

2) Jaga Kebersihan Miss V kita ,Sebelum membasuh miss V , basuh dahulu tangan kemudian Selepas membuang air kecil , pastikan kita lap depan dan belakang.

3) Jangan Menahan Kencing , Untuk elakkan bakteria merebak , kita perlu kencing segera jika terasa nak kencing tanpa tangguh lama .

4) Panty liner di sarankan tukar dengan kerap jika sudah kotor untuk elakkan dijangkiti bakteria.

5) Kurangkan Minuman berkafien dan minuman manis .
6) Basuh Miss V sebelum dan selepas bersama suami

7) Vitamin Shaklee boleh membantu masalah kencing kotor ketika hamil

ramai yang ambil set kencing kotor shaklee  ini :-


Sustainable Release Vitamin C




Ostematrix


Garlic Complex





Cara rawat ekzema dengan bahan-bahan yang ada kat rumah:

1)Sapu lemak sayuran
- elok utk lembapkan kulit kering/ merekah sbb ekzema
- membantu proses penyembuhan




2) mandi dengan air campuran oatmeal
- kisar oatmeal & tabur dlm air mandi. Guna untul mandi kemudian bilas dgn air bersih





3)makan kunyit 
-mengandungi curcumin iaitu antioksida yg boleh melindungi dan memelihara kulit










4) sapu apple cider vinegar
-melegakan keradangan dan kesan terbakar pada kulit
-guna kapas utk sapu pd kwsn kulit berkuping & kering
(Kalau kulit pecah & berdarah tak digalakkan)

5)sapu minyak zaitun
-kaya dengan omega 3 yg boleh mengurangkan keradangan
-seeloknya guna minyak zaitun bersuhu suam utk melembutkan kulit yg kering


6) makan flaxseed
 Kaya dgn omega 3 yg membantu menghalang keradangan


7)sapu aloe vera
Gel aloe vera yg asli sbnrnya kaya dgn bahan anti-keradangan dan baik untuk penyembuhan


8) makan minyak ikan
Membantu mengurangkan ekzema (omega 3)


9)sapu baking soda
-campur baking soda dengan air
-sapu campuran baking soda pd bahagian ekzema menggunakan kapas bersih.




Suplemen Shaklee untuk Ekzema

✅Energizing Soy Protein (ESP) sangat bagus untuk membantu penghasilan sel kulit baru yang rosak akibat eczema. Ia akan menjadikan kulit lebih anjal,sihat dan gebu.

✅Omega Guard berfungsi mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mmencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan. 
Gabungan Omega Guard dan ESP memastikan eczema tidak terus merebak dan memlihara kulit dari dalam.

✅Gabungan Vitamin E dan GLA Complex berkhasiat untuk merawat kulit yang rosak serta membantu memudarkan parut dengan berkesan. Ia juga mampu meningkatkan daya tahan (sistem imunisasi) bagi melawan eczema sekaligus mempercepatkan proses pemulihan kulit.

✅Krim Herbal Bland semestinya krim herba semulajadi yang bagus untuk melegakan kegatalan dan pedih akibat luka eczema.



✅Pengambilan Alfalfa Complex yang bertindak sebagai penyahtoksin adalah digalakkan bagi mempertingkatkan lagi kekuata sistem dalam tubuh badan.
Apa punca jeragat terjadi ialah diantaranya ialah  : 

Faktor pertama punca jeragat ialah  terdedah sinar cahaya matahari terlalu lama.

Apa yang neesa cuba nasihatkan ialah kita ni kena jaga wajah sebab kadang kadang faktor kerjaya atau sentiasa terdedah kepada cahaya matahari. Kesan faktor terlalu terdedah kepada sinar UV.  

Faktor kedua punca jeragat ialah pembawakkan ketika hamil

Malah, jeragat ni hadir ketika hamil. Pengalaman inj disebabkan faktor hormon ketika hamil. Itu memang kebiasaan pada wanita yang hamil. Kerana sebelum ini tidak pernah terjadi jeragat di wajah. Tapi bila hamil pembawakan hormon ketika hamil datang jeragat menghantui wajah. 

Faktor ketiga punca jeragat  ialah faktor ubat hormon

Kadang kadang ada wanita yang mengambil atau menjalani rawatan hormon. Maka menyebabkan jeragat tumbuh di wajah akibat perubahan hormon tersebut. 

Faktor yang keempat punca jeragat ialah wangian. 

Produk ini kita tidak sedari menyebabkan jeragat. Apa produk yang wangi, kadang kadang produk kosmetik juga punca jeragat tumbuh di muka. So kita kena mengamalkan produk semula jadi atau supplement semula jadi. 

Faktor yang kelima punca jeragat ialah ubat ubatan

Kadang kadang kita tidak sedari ubat ubatan yang kita ambil juga menyebabkan kehadiran jeragat tanpa sedari. So itu antara salah satu faktor yang menyebabkan jeragat. 

Faktor yang keenam punca jeragat ialah hypotiroidism.

Ini juga faktor yang kita terlupa juga antara punca jeragat tumbuh di wajah iaitu hypotiroidism. Ia adalah punca tahap hormon tiroid terlalu rendah menyebabkan punca jeragat. 



Semua punca jeragat di atas menyebabkan kulit ataupun sistem pertahanan kulit menjadi lemah dan menyebabkan jeragat bermahajarelela di wajah kita semua. Antara petua hilangkan jeragat ialah amalkan produk antioksidan. Kita semua tidak mahu kejadian seperti itukan. Maka apa yang kita perlukan ialah produk antioksidan. 

Ini adalah produk jeragat yang paling berkesan dan terbaik yang neesa cadangkan ialah produk shaklee la semestinya. Neesa recommend ubat jeragat yang paling berkesan di farmasi ialah neesa recommend set jeragat premium shaklee. Inilah ubat jeragat yang paling baik dan terbaik.





Neesa halim
0133638180