HFMD



RAWATAN PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT (HFMD) SECARA SEMULAJADI


AISKRIM & MAKANAN SEJUK


Aiskrim lembut, puding, atau minuman sejuk mampu memberi kelegaan kepada si anak atau bayi yang mengalami ulser di mulut.


Anda boleh membuat sendiri aiskrim tanpa gula dengan menggunakan buah-buahan yang dicampur dengan susu badan atau susu segar.


Setelah mereka menghabiskan aiskrim, anda bolehlah memberi sedikit makanan seperti sup atau susu badan kerana mulutnya masih kebas dan kurang sakit untuk makan.



GEL ALOE VERA


Gel aloe vera semulajadi boleh digunakan untuk menyapu lepuhan atau bahagian yang terasa gatal.


Seeloknya, cari produk organik yang tidak berbau dan anti-alergenik supaya tidak mendatangkan kesan sampingan.



Gel ini amat sejuk dan dapat memberi kelegaan 



AIR KELAPA MUDA


Air kelapa muda yang kita biasa minum untuk demam juga boleh diberikan kepada anak kecil.

Elakkan menambah gula. Sebagai alternatif, boleh juga memberi air barli.

Ia mengandungi antioksidan yang melawan virus, sekaligus membantu menurunkan suhu demam anak.




BUAH-BUAHAN & JUS


Selain air kelapa, anda boleh memberi minum jus buah-buahan lain seperti oren atau epal yang kaya dengan khasiat vitamin C.

Kalau disejukkan, lagi bagus. Lebih mudah mereka minum. 

MINYAK KELAPA DARA


Minyak kelapa dara juga antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kaki tangan dan mulut.

Selain digunakan pada luaran, boleh juga disapukan pada bibir bayi yang mengalami ulser.



MINYAK ZAITUN


Minyak zaitun asli boleh digunakan seperti minyak kelapa dara.


Sapukan pada lepuhan dan ambil sedikit untuk disapu pada ulser mulut. Pastikan tangan anda benar-benar bersih sebelum memegang tubuh anak.

SUP AYAM


sup atau bubur ayam adalah antara makanan yang paling mudah diterima oleh anak-anak ketika tidak sihat.


Semasa membuat sup ini, pastikan anda melebihkan sedikit bahan yang bersifat antiviral seperti bawang putih dan sayuran seperti lobak merah.



Daebak Bersama Neesa Halim

0 comments:

Post a Comment