Walau saya sebagai penyelia mahupun pendidik taska dan pusat jagaan...
Apabila melihat ibu bapa bertanya soalan seperti ini antaranya :
Nak anak tulisan cantik
Nak anak tulis dengan rapi
Kepelikan bila anak menulis balik ayat di buku teks
Melihat persoalan seperti ini
Kenapa mengharapkan pihak guru sahaja yang mempunyai tugasan untuk anak menulis dengan cantik, rapi dan kemas
Kenapa tidak ibu bapa itu sendiri mempunyai inisiatif untuk memastikan anak di rumah membuat latihan menulis dengan cantik
Kenapa perlu mengharapkan guru sahaja melatih anak dalam kelas
Kenapa tidak ibu bapa juga melihat dan menyaksikan anak itu menulis dengan betul..
Di sekolah ada hampir 40 orang pelajar di setiap kelas
Manakan guru dapat menyaksikan dan memastikan tulisan anak
Melainkan dengan latihan latihan yang diberikan untuk melihat kefahaman anak anak
Waktu malam ini pun guru tersebut menjalankan tugas dengan memaklumkan kerja rumah pada ibu bapa yang ini memerlukan kolaborasi dan penglibatan ibu bapa di rumah untuk ibu bapa mengisi masa dengan anak anak.
Tidak la sibuk dengan gadget
Tidak la sibuk dengan games online
Dan lagi satu setiap anak mempunyai bakat yang berbeza
Ada yang faham cepat, ada yang perlukan tambahan latihan untuk mereka lebih faham
Ini juga berdasarkan saranan Dr Mazslee Malik untuk memastikan 'Fun Learning' di dalam kelas
Bila saya baca whatsapp
Seolah saya membaca whatsapp taska dan pusat jagaan sebagai seorang pendidik
Menjawab soalan demi soalan dari ibubapa
Tapi cikgu ini menjawab dengan hemah
Bukan sekali
Dah banyak kali ibu bapa yang tidak peka
Kalau teacher neesa la cikgu tu, memang ada yang soalan tidak ada jawapan...
Krik krik ko kat dalam group tu..
Peristiwa Contoh lagi...
guru dah maklumkan awal tentang kerja rumah subjek dan latihan
Ada juga ibu bapa yang bertanya lagi kerja rumah apa
Untunglah Ada ibu bapa lain kata 'tak pe saya pm'
Memang menguji kesabaran betul apabila ibu bapa yang tidak peka dan malas.. apa lah salahnya kau scroll balik ke atas dan baca betul betul apa yang disampaikan dan diberitahu oleh cikgu.
Teacher Neesa bukan nak emo malam malam ni tapi boleh bayangkan perasaan cikgu ini.
Apapun nak anak berjaya bukan tugas cikgu sahaja tetapi ibubapa juga memainkan peranan paling utama. (Dah paling, utama lagi.... tatabahasa BM)
Semoga cikgu diberikan kesabaran..
Daebak bersama Teacher Neesa
0 comments:
Post a Comment