Elakkan pengambilan minuman mahupun makanan bergula.

Tanya mana-mana pakar pemakanan dan mereka akan beri nasihat untuk mengelakkan pengambilan minuman mahupun makanan bergula. Ini adalah sebagai langkah pentimg untuk memulakan gaya hidup yang sihat. Ingat bahawa penyakit-penyakit tidak berjangkit tidak mendiskriminasi malah boleh menimpa sesiapapun tanpa mengira umur, jantina, atau etnik.


Berikut adalah tip membantu anda bermula :
1. KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN BERGULA
Pilih kek, atau pencuci mulut manis lain yang akan kurang gula (kurangkan penggunaan gula jika kita membuat kuih-muih snediri; gula yang digunakan dalam kebanyakan resipi boleh dikurangkan tanpa menjejaskan rasanya.

Kurangkan sahaja pengambilan kek, kuih atau pencuci mulut yang MANIS!! gantikan dengan Buah Buahan. Makan makanan yang KURANG kandungan GULA

Apabila memakan makanan berbungkus, baca senarai atau kandungan ramuan - termasuk GULA. Pilih produk yang mempunyai RENDAH atau TIADA kandungan GULA.


2. MINUM MINUMAN YANG KURANG GULA
Air kosong ialah pilihan TERBAIK

Hadkan penggunaan gula/susu manis / susu ISIAN

meminta minuman KURANG MANIS

Panduan diet Malaysia menyarankan agar pengambilan gula dihadkan tidak kira sama ada ia digunakan di dalam makanan atau minuman. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO) turut memberikan saranan yang sama dan menegaskan agar pengambilan gula bebas atau dihadkan kepada kurang daripada 10% jumlah pengambilan tenaga seseorang.
Walau bagaimanapun, tiada apa yang positif mengenai keadaan ini kerana tenaga yang berlebihan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Keadaan ini akan membawa kepada peningkatan berat badan dan obesiti dan ini juga kedua-duanya dikenali sebagai faktor risiko bagi penyakit tidak berjangkit seperti diabetes jenis 2 dan penyakit jantung koronari.



Neesa Halim
www.wasap.my/0133638180

0 comments:

Post a Comment