Dimana hilangnya nilai nilai murni dan kemanusiaan?

Apabila ibu bapa perlu menegur dan memantau anak anak dari segi aktiviti... Bukan sebab apa... ini salah satu sebab yang telah berlaku.. Siapa sangka ini terjadi.. Apa perasaan ibu bapa... apa fikiran masyarakat


----------------------------------------------------------------------------



JENAZAH Nur Alya Damia Hairi, 19, penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang maut dipercayai akibat dibunuh malam semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, di Klang, jam 6.50 petang.


Difahamkan, Nur Alya Damia sepatutnya pulang ke kediaman keluarganya pada hari ini selepas tamat kuliah di KVPD. Portal berita NSTP hari ini melaporkan, penuntut tahun akhir Diploma Rangkaian Komputer KVPD itu ditemui mati dengan kesan jerutan di leher dipercayai dibunuh di dalam kereta oleh bekas kekasihnya sebelum dicampak di tepi jalan di Taman PD Permata, Port Dickson, jam 10.30 malam tadi.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun yang juga penuntut KVPD di rumah sewanya di Taman PD Idaman, Lukut, Negeri Sembilan.




-----------------------------------------------------------------------------



Ini baru kes... pernah berbincang dengan seorang practitioner law di shah alam... betapa banyak kes rogol mahupun kes jenayah.. itu belum kes yang dilaporkan...

Di mana sifat sifat keislaman dan nilai nilai moral malah sifat kemanusiaan semakin merundum grafnya...

Bagaimana kita mahu mendidik generasi baru yang mempunyai nilai nilai murni? untuk memimpin negara apatah lagi dalam sebuah keluarga...

Meh komen apa cadangan terbaik untuk melahirkan generasi baru & muda yang ummatik....





0 comments:

Post a Comment