Jom ketahui punca kehadiran jeragat / bintik-bintik hitam
1. Pendedahan Sinaran matahari
Sering terdedah kepada sinaran matahari merupakan punca terjadinya jeragat. Kita boleh atasi dengan menggunakan krim yang mempunya sunblock untuk menghindarkan kulit dari terkena secara terus sinaran matahari (UV).
2. Pengambilan pil/ubat perancang
Penggunaan ubat perancang juga boleh menyebabkan hormon dalam badan kita terganggu. Ketidakstabilan hormon merupakan salah satu punca terjadinya kehadiran jeragat.
3. Penggunaan kosmetik / rawatan kulit yang tidak sesuai dengan kulit
Dengan penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit merupaka salah satu puncanya. Bahan yang digunakan mungkin mempunya bahan kimia yang merbahaya yang boleh menghakis kulit dan menyebabkan kulit kita rosak. Apabila kulit menipis dan rosak maka mudah untuk sinaran UV tembus memasuki lapisan kulit kita.
Petua-Petua secara
tradisional untuk menghilangkan jeragat terutama di wajah
1. Ambil
beberapa daun sireh muda, kemudian simpan daun sireh ini di dalam peti sejuk.
Setiap pagi ambil sehelai daun sireh dan gosokkan di kawasan jeragat. Biar
kering sebentar dan bilas dengan air suam.
2. Hampas kelapa
selepas diperah santannya jangan dibuang tau. Ambil sedikit hampas kepala tu
kemudian gosok-gosok di muka, biar selama 15 min kemudian cuci dengan air suam.
selain boleh memudarkan jeragat ia juga boleh menghalus dan menggebukan kulit.
3. Ambil 1 sudu
tepung jagung, perahkan sebiji air limau purut atau limau nipis, agak-agak
sampai pekat dan boleh di sapu di muka seperti masker. Biar kering seketika dan
boleh bilas dengan air suam.
4. Jika makan
pisang berangan tu jangan lagi buang kulitnya tu. Sapu-sapu dulu di kawasan
yang naik jeragat tu, biar kering sekejap kemudian bilas dengan air.
5. Ambil segenggam beras dan rendamkan seketika,
lebih kurang 1 jam macam tu, kemudian tos dan tumbuk bersama-sama kunyit hidup
lebih kurang 1 cm sehingga lumat. Kemudian perahkan sebiji limau nipis/purut
kedalam beras yang di tumbuk tadi beserta sebiji putih telur.. gaul sebati dan
boleh tempek di muka sebagai masker. Biar kering seketika dan boleh bilas
dengan air suam.
6. Ambil putih
telur dan masukkan tisu ke dalam putih telur tu. Ambil tisu tadi dan tempek
dimuka yang ada jeragat tu. Biar kering dan bilas.
7. Tumbuk 1cm
kunyit hudup hingga lumat, campurkan sedikit tepung ubi dan juga perahan air
limau nipis/purut srta 1 biji putih telur. Gaul sebati dan sapu di muka. Biar
lebih kurang 20min kemudian bilas dengan air suam.
Jom ketahui petua moden untuk menghilangkan
jeragat di wajah.
Dah cara pun menggunakan petua moden, jadi pastinya lebih senang
dan mudah. Dengan pengambilan supplement (makanan tambahan) berikut dapat
membantu mengurangkan dan menghilangkan masalah jeragat yang dihidapi. Vitamin-vitamin
tersebut adalah seperti Vitamin C, Vitamin E dan juga Protein. Jom kita baca
dan ketahui bagaimana vitamin-vitamin ini berfungsi.
Vitamin C
Penting dalam pembentukan kolagen, kolagen mula mnyusut apabila usia menjangkau 25 tahun. Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik. Kulit yang berjeragat adalah disebabkan oleh lapisan kolagen pada kulit semakin menyusut/hilang.
Macamana kita hendak tahu kulit cukup kolagen atau tak?
Kulit yang kurang
kolagen adalah kulit yang lemah dan sangat mudah untuk jeragat dan jerawat
naik.Cara untuk hilangkan jeragat adalah dengan ambil Vitamin C Sustain
Release. Dimana ia memastikan Vitamin C sentiasa ada di dalam badan selama 5
jam! Jeragat akan pudar dan mudah hilang bila kulit cukup dengan Vitamin C.
Malah akan membantu untuk mencerahkan kulit muka apabila sel-sel diperbaharui.
Vitamin E
Terkenal sebagai vitamin awet muda @ vitamin cantik. Ia juga mampu melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene.
Bertindak sebagai pelindung UV untuk muka kita. Sinaran matahari
yang terus pada kulit boleh menyebabkan radikal bebas merosakkan sel kulit
kita. Vitamin E melindungi ataupun menjadi benteng pertahanan sebelum sinaran
UV masuk ke sel kulit. Best tak ada sunblock natural? So kolagen kulit kita
akan terpelihara kan.
Protein
Ianya mampu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat). Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru. Iaitu protein yang bertindak untuk memperbaiki sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru. Bintik-bintik hitam jeragat yang terjadi disebabkan oleh kulit mati yang tidak diperbaharui. Kulit mati semakin lama semakin dibiarkan memang mudah untuk jerawat ataupun jeragat naik. Untuk kesan yang lebih cepat, boleh gunakan set YOUTH skincare untuk hilangkan jeragat di muka.
Neesa Halim
0133638180
Daebak yo bersama Neesa Halim
0 comments:
Post a Comment