Munafik 2 memberikan maksud yang tersendiri

Tayangan Munafik 2 pada tahun 2018 memberikan fenomena hangat kerana dalam masa 2 minggu kutipan
mencatat RM 40 juta. Ini sangat hebat. Sebelum ini Hantu Kak Limah 2018 juga memberikan impak yang besar juga dalam cerita melayu. 

Neesa nak kongsikan apa yang Neesa pelajari ialah apa sekalipun kita perlu minta pada Allah swt walau besar mana dugaan dan cabaran yang menimpa. Kita kena berdoa dan terus berdoa kepada Allah swt. Sebab hanya Allah swt yang Maha Berkuasa dan Maha Memdengar. Maka begitu juga dalam bisnes pun kita hendak sesuatu seperti Big Why kita maka kita minta pada tuhan yang maha Esa. Bukan pada manusia. Bukan pada syaitan atau iblis. 

Point kedua ialah Kekayaan dunia hanya lah bersifat sementara berbanding Nikmat Syurga yang kita akan perolehi sekiranya kita antara mukmin sejati. So lebih banyak kita membantu orang dengan ikhlas dan jujur maka Allah akan memberikan ganjaran pada hambaNya. So kita sebagai hambaNya maka kita perlu melakukan tugasan kita sebagai hambaNya. Hendak lebih maka kita perlu berusaha dan beribadah lebih juga demi Allah swt sebagai tugasan kita sebagai HambaNya. 

Sahabat yang baik dengan kita pun boleh tikam belakang kita dan menfitnah kita apabila bersangkut dengan jawatan dan nama. Sebab Jawatan dan Nama inilah orang boleh jadi GILA. ini boleh kita nampak
watak pada sahabat Ustaz Adam sendiri. Ini amat terkesan apabila Neesa pun terima seperti ini. Di hadapan Neesa semua berkata dan berwajah manis. Apabila tidak puas hati mengutuk dan mengata di belakang. Ini baru sahaja berlaku dan terjadi. Manusia ini memang sahaja ada yang tidak puas hati. Ya Allah sesungguhnya Kau la Yang Maha Berkuasa. Pilih la orang orang yang hebat hebat dan jujur untuk bersama dengan ku dalam menyebarkan ilmu dan menjalankan tugasku dengan amanah. Itu sahaja doa Neesa setiap masa mengenai sahabat dan keluarga. 

Ini adalah rumusan yang ingin Neesa kongsikan di sebalik tayangan Munafik 2 ini. Kalau ada perkongsian sahabat nak tambah meh la komen yer. 

Daebak yo bersama Neesa Halim
Elegant Training & Consultation Services 

0 comments:

Post a Comment