Cameron Valley Tea, Cameron Highlands

Hari ini jalan-jalan sebab melangsaikan janji nak bawa anak-anak ke Cameron Highland tiga minggu lepas tidak kesampaian kerana terpaksa patah balik dan tidak menuju ke Tanah Rata kerana jalan jem. Neesa dan suami membawa anak-anak ke Cameron Highlands untuk short vacation sekejap. 

Kami singgah di sini sekejap untuk minum teh dan makan roti donut. Roti donut dipanaskan menggunakan microwave. Boleh la dicicah dengan teh tarik yang sedap. Sesuai sangat dengan cuaca hujan sejuk tu minum teh tarik yang panas. Tak manis sangat maka sesuai la dengan selera Neesa. 




Mengisi masa lapang bersama keluarga di isi dengan sebaiknya. Semoga menjadi kenangan indah untuk anak-anak nanti. Masing-masing excited naik buggy car turun melihat kawasan tanaman pokok teh. Anak-anak mempelajari tentang pokok teh. 









Ini adalah Donut Pintal. Beli satu pada awalnya tetapi tidak cukup sebab Alina sangat suka. Tambah dua lagi. 




Teh Tarik harganya rm3.50 satu gelas. Sorry Teh tarik dah habis. 



Kami naik buggy car untuk turun melihat pokok teh. Kemasukan dikenakan bayaran : 

Dewasa : rm10.00
Kanak-kanak : RM5.00 




Selamat bercuti pada sesiapa sahaja. Semoga perjalanan selamat sampai dan pulang ke destinasi. 


Daebak yo bersama Neesa Halim 
Elegant Training & Consultation Services

0 comments:

Post a Comment