Gathering Team Bintang September 2018

Hari ini Neesa nak kongsikan tentang Hari Keluarga Team Bintang. Gathering team bintang pada September 2018 yang telah dijalankan di Zol Chalet, Melaka. 

Anak-anak Team Bintang berkumpul di Zol Chalet pada tengah hari Sabtu 15 September 2018. Kami telah memilih untuk tinggal di chalet kerana ada pool. So anak-anak berasa seronok untuk bermain air. 

Aktiviti memasak telah dimulakan pada waktu asar. So ramai telah membuat keputusan untuk memasak di chalet sahaja. So sesiapa yang hendak booking pastikan bawa extra gas untuk dapur camping. Pinggan  mangkuk, dapur gas camping, peti ais kecil sudah disediakan. So kami sudah berbincang bahagian-bahagian untuk membawa bahan masak basah dan kering. Tiada masalah. Catering agak susah sebab jauh dan tidak ambil kuantiti yang sedikit. 

Di Zol Chalet ada 5 chalet. Setiap satu chalet boleh muat untuk satu keluarga tetapi kena bawa extra toto dan selimut. Yang best chalet ini ada air cond. Angin pun sepoi sepoi bahasa. Boleh la kalau nak berkumpul adik beradik dan family atau lepak santai dengan bff. 












Anak-anak memang seronok sebab ada pool. So sesiapa yang ada anak kena bawalah extra pelampung sebab kolam mandi ini agak dalam. 





Di sini adalah ruang TV dan ruang untuk memasak. Tiada masalah untuk memasak sambil perhati anak-anak mandi di kolam mandi. Apapun kena ada juga orang dewasa untuk pantau anak-anak di kolam mandi sebab kolam mandi tersebut dalam ketinggiannya. 








Kami berkumpul
Kami berbincang
Kami berdialog 
Kami bertanya - menjawab 
Kami berbincang tentang bagaimana ingin menjadi leader yang hebat untuk lahirkan leader leader di bawah pimpinan yang hebat. 

Sentiasa keluar dari kepompong sendiri untuk
keluar mencari sesuatu yang segar input untuk merealisasikan matlamat dan misi/visi vision board. 

Maka sesiapa yang berminat hendak memulakan bisnes boleh whatsapp Neesa.

Daebak yo bersama Neesa Halim 

Neesa Halim
Elegant Training & Consultation Services 

0 comments:

Post a Comment