Tips membuat simpanan di Tabung Haji untuk anak.

Mendidik anak untuk menabung dan menyimpan walau mereka masih kecil. Ini pun agak terlambat kerana Alina juga sudah masuk dua tahun bulan Oktober nanti. Mama ni sering sahaja menangguh sesuatu yang baik. Semoga ibu ibu dan bapa bapa di luar sana lebih baik dari Neesa. Rasa seronok apabila kita dapat menyimpan untuk masa depan anak-anak. Walau sedikit setiap bulan tapi konsisten menyimpan di dalam tabungan. Insyaallah. Bukan sahaja untuk pendaftaran Haji dewasa kelak tetapi mana tau simpanan ini boleh dijadikan sebagai tabungan pendidikan di masa hadapan.



Untuk mendaftar di tabung haji ini kena bawa dokumen penting seperti

1) Surat beranak anak
2) Mykid anak
3) Kad pengenalan penjaga.

Pergi sahaja ke kaunter informasi dan maklumkan pada pegawai untuk mendaftar dan buka akaun untuk anak. Pegawai Tabung Haji akan memberikan dua borang iaitu maklumat penjaga dan maklumat untuk anak termasuk Borang Deosit duit.

Alhamdulillah Neesa dan suami mendaftar haji sekali untuk Alina. Bayangkan lah pada tahun 2123 Hijrah, Insyaallah rezeki ada kami ingin pergi menunaikan haji bersama sama satu keluarga. Tetapi hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya. Semoga kita semua dapat menunaikan Rukun Islam kelima.

Terus sahaja menabung untuk anak-anak. Walau sedikit tidak apa apa yang penting kita menyimpan untuk anak.

Daebak yo bersama Neesa Halim

Neesa Halim
0133638190

0 comments:

Post a Comment