Review D' Kayangan Steamboat & Grill, Shah Alam

Peluang dan rezeki untuk bertemu team bintang adalah yang dinanti-nantikan oleh Neesa. Bukan senang hendak bertemu dengan Mak Bintang Nad Zaim. Bertemu dengan leader kan untuk motivasi  bisnes kan. Sambil  beriftar kami telah berbincang bukan setakat bisnes tapi kerjaya hakiki kami. Walau kami mempunyai kerjaya hakiki tetapi bisnes Shaklee adalah bisnes utama kami untuk kami kongsikan bersama-sama kebaikan produk pada orang lain. 





Kami bertemu dan berbuka puasa di D'Kayangan Steamboat dan grill di Shah Alam. Wow memang ramai sangat orang berbuka  puasa di sana. Sehingga parking penuh kalau terlambat boleh bayangkan  betapa jauh untuk parking kereta. Tapi kalau datang awal boleh sediakan makanan seperti Grill. Dari segi makanan ada bermacam-macam pilihan. Maka tidak la berebut-rebut untuk mengambil makanan. Makanan pelbagai dan boleh di pilih mengikut kehendak dan selera customer yang dating ke sana. Alhamdulillah sampai tidak tahu hendak pilih yang mana satu untuk di ambil. 


Sebenarnya ini adalah kali pertama NEESA dan family menjejakkan kaki ke D Kayangan Steamboat Shah Alam ini. Rushing dari iftar bersama staf TASKA di Sajian D Hidang terus ke D Kayangan Steamboat & Grill. Parking memang penuh. So NEESA parking jer kat tepi jalan. Yang penting tidak menghalang lalaun kereta lain. Dari segi tempat memang meja disediakan dan kerusi mencukupi tetapi kurang kipas tidak sesuai untuk bawa anak-anak kecil (mereka agak kepanasan). Cuaca pun ketika itu agak panas. Mungkin boleh ditambahbaik untuk kebaikan tetamu. Memandangkan ramai yang beriftar di sana. 


Ini adalah antara menu yang ada untuk pilihan:


Steamboat tom yam 


Kuih muih





Berapa bintang NEESA nak beri yer untuk review D Kayangan Steamboat & Grill?

Tempat : 3.5 /5 
Makanan : 4 / 5

Apa yang agak menyedihkan ada beberapa tetamu yang bervipe dan smoking padahal mereka sudah mengetahui di situ terdapat keluarga lain mahupun anak-anak kecil berhampiran meja mereka. Sedih kerana kurang kesedaran sivik dari orang yang merokok di situ. Di harap adalah orang-orang yang lebih prihatin terhadap orang sekeliling dan persekitaran. Bukan mereka sahaja beriftar di sana. 




NeesaHalim

0 comments:

Post a Comment