penyakit yang sering menjangkiti kanak-kanak

Antara penyakit yang sering menjangkiti kanak-kanak bermula sejak lahir sehingga 5 tahun adalah seperti berikut :
- masalah demam
- sawan
- penyakit kulit
- selesema
- batuk
- cirit-birit


Kita nampak dan mungkin jugak ada yang menganggap senarai penyakit yang diatas tu adalah masalah kesihatan yang biasa,  namun hakikatnya jika ia dibiarkan berlarutan tanpa sebarang tindakan atau rawatan boleh mengancam nyawa.

1. Demam

Biasanya berlaku akibat jangkitan bakteria atau virus, ia mudah sangat menjangkiti kanak-kanak.

Demam pada suhu badan yang terlalu tinggi mampu menyebabkan sawan,sekiranya kerap berlaku boleh merosakkan sistem otak kanak-kanak dan mengganggu perkembangan mereka.

Pada suhu 37 darjah celcius, ibubapa perlu mengambil langkah segera bagi memastikan suhu badan bayi tidak terus meningkat lebih tinggi.



2. Sawan

Sawan berlaku apabila demam dengan suhu badan terlalu tinggi sehingga mencecah 40 darjah celsius.

Sekiranya ia berlaku sekejap dan tidak berulang (kurang dari setengah jam), ia tidak merbahaya. Namun sekiranya sawan berlaku secara berulang kali dalam masa 24 jam, ia mampu menyababkan kerosakan pada otak dan mengganggu perkembangan kanak-kanak.

Malah, besar kemungkinan akan berlaku komplikasi seumur hidup (demam panas).


3. Masalah Kulit

Secara umumnya masalah kulit terbahagi kepada 3 iaitu eczema, impetigo dan ruam. Jika dibiarkan berterusan ia akan mewujudkan masalah penyakit kulit yang kronik.

IMPETIGO – Jangkitan kulit akibat bakteria yang mungkin membiak apabila ruam seperti eczema telah dijangkiti. Bahagian yang dijangkiti biasanya dibahagian kaki dan kulit tangan. Ia sering menyerang kanak-kanak sekiranya kebersihan mereka kurang diberi perhatian.

EKZEMA – Masalah kulit jenis ini akan mengakibatkan rasa gatal, radang, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Kebiasaannya boleh dilihat pada bahagian pelipat lutut dan siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala.

RUAM LAMPIN – Hampir 10 peratus bayi dan kanak-kanak berusia bawah 2 tahun mendapat ruam lampin. Kebiasaanya akan mengalami keradangan kulit terutama pada bahagian kemaluan,celah kangkang dan punggung. Keadaan ini berlaku akibat lampin jarang ditukar atau kesan sabun pada lampin yang tidak dibilas dengan betul sehingga bersih.



4. Selesema

Kebiasaannya anak kecil yang mengalami selesema akan berasa tidak selesa kerana hidung tersumbat dan berhingus.


Tanda-tanda lain ialah sakit tekak, batuk, rasa tidak selesa dan susah tidur sehingga menyebabkan si kecil kerap merengek.


5. Batuk

Batuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir daripada salur pernafasan.

Namun batuk dipandang serius apabila kanak-kanak mengalami demam dengan suhu badan yang tinggi, sukar bernafas dan warna kahak bertukar menjadi hijau atau kuning.

Keadaan ini boleh menyebabkan risiko kepada pelbagai jangkitan saluran pernafasan yang boleh mengancam nyawa sekiranya dibiarkan berterusan. Segera berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.


6. Cirit-birit

Sekiranya anak mengalami cirit-birit, dia akan kerap membuang air besar yang mnegandungi air.

Hal ini berlaku kerana jangkitan virus, segera dapatkan rawatan doktor kerana ia akan menjadi lebih teruk sekiranya anak anda mengalami hidrasi dan boleh menyebabkan berlakunya komplikasi dan kematian.


Apa yang anda boleh lakukan bagi meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak agar tidak mudah dijangkiti oleh penyakit yang diatas?

Di Shaklee terdapat 2 produk khas dalam SET HEALTHY KIDS yang sesuai untuk kanak-kanak, semestinya produk ini adalah selamat dan semulajadi.

Produk tersebut ialah...




VITALEA FOR CHILDREN - Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting.
Sumber kalsium untuk pembinaan tulang.
Multivitamin yang baik untuk kesihatan kanak-kanak.
Sumber harian tambahan bagi vitamin B.


MEAL SHAKES - Mengandungi sumber protein dengan 19 vitamin dan mineral tambahan semulajadi. 
Ia juga mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh yang baik untuk pertumbuhan dan perlindungan yang baik. 
Sumber kalsium yang tinggi serta kaya dengan fiber dan protein.


OMEGA GUARD – Selain membantu perkembangan sel-sel saraf otak, minyak ikan terbaik dunia ini juga membantu meningkatkan imunissi kanak-kanak.

NUTRIFERON – Bertindak meningkatkan interferon semulajadi badan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan.



0 comments:

Post a Comment