Penyakit HFMD kini menyerang anak-anak

HFMD ialah penyakit berjangkit iaitu Hand, Food and Mouth Disease (penyakit kaki, tangan dan mulut) yang kini melanda kanak-kanak di Malaysia. Penyakit berjangkit teruk sangat kini melanda semua rakyat Malaysia terutama memyerang anak-anak. Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71. Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.



Penyakit ini sgt berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran. Kebiasaannya HFM hanya berlaku kepada kanak kanak berusia 7tahun kebawah. Namun dewasa juga boleh terkena penyakit HFMD. Adakah penyakit HFMD ini biasa terjadi di Malaysia?

Ya! Kementerian Kesihatan melaporkan penyakit HFMD adalah wabak berkala di kalangan kanak-kanak. Sejak jangkitan pertama yang dikesan di Malaysia pada tahun 1997, Kementerian telah menutup pelbagai “playschools”, sekolah rendah, pusat penjagaan kanak-kanak atau taska dan tadika untuk membendung penyakit ini.



Patofisiologi (Punca penyakit kaki, tangan dan mulut)

✅Virus coxsackie sangat mudah menjangkiti orang lain.

✅Ia boleh merebak dengan cara sentuhan kepada cecair daripada mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti virus tersebut

✅Virus tersebut akan masuk ke dalam saluran limfa melalui kulit dibahagian mulut dan lapisan usus

✅Daripada saluran limfa itu ia akan merebak ke kalenjar limfa dan masuk ke dalam darah.

✅Kemudian, virus akan merebak ke seluruh badan terutamanya kawasan kulit dan lapisan mulut.

✅Disitulah, ruam penyakit kaki, tangan dan mulut akan terbentuk dan virus itu bersedia menjangkiti orang lain


 ✅Virus Coxsackie merupakan penyebab kepada penyakit ini
Pada hari yang ke tujuh, Antibodi badan sudah meningkat dan akan menghapuskan virus yang berada di dalam badan pesakit.

✅Beberapa hari kemudian, ruam pada badan akan semakin kurang dan sembuh

✅Masa inkubasi bagi virus ini adalah 3-6 hari



Tanda dan Gejala:

* Demam

* Sakit Tekak

* Ulser pada tekak, mulut dan lidah

* Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin).

Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
* Sakit kepala
* Hilang selera makan


Bayi atau kanak-kanak yang menghidapi penyakit tangan, kaki, dan mulut ini akan berasa tidak sihat.


Tanda-tanda virus amat kecil – seperti ada kudis lepuh seperti dalam mulut, tangan dan kaki.


Lepuh akibat penyakit ini amat menyakitkan.


Malah, bayi yang dijangkiti HFMD mungkin tak mahu menyusu atau makan kerana kudis dalam mulut mereka yang sangat menyakitkan.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.




Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?


🤯 Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah

🤯 Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik

🤯 Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari

🤯 Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.

🤯 Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.



Bagaimana saya boleh menjaga bayi atau kanak-kanak yang sakit akibat penyakit HFMD?


💪🏼Anda perlu tunggu selama 7 hingga 14 hariuntuk penyakit ini reda.

💪🏼Tapi, jika virus sudah merebak ke tangan, kaki dan mulut, mungkin masa yang lama diperlukan.

💪🏼Walaubagaimanapun, anda boleh menjaga bayi anda dengan cara ini:

❤️Di bawah nasihat doktor anda, cuba tangguhkan pemberian paracetamol kepada bayi

❤️Gel untuk pertumbuhan gigi juga boleh melegakan kesakitan bayi anda

❤️Untuk mengela dehidrasi, terus beri susu badan, formula, atau air dan jus yang dicairkan untuk bayi yang sudah besar.





RAWATAN PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT (HFMD) SECARA SEMULAJADI


AISKRIM & MAKANAN SEJUK

Aiskrim lembut, puding, atau minuman sejuk mampu memberi kelegaan kepada si anak atau bayi yang mengalami ulser di mulut.

Anda boleh membuat sendiri aiskrim tanpa gula dengan menggunakan buah-buahan yang dicampur dengan susu badan atau susu segar.

Setelah mereka menghabiskan aiskrim, anda bolehlah memberi sedikit makanan seperti sup atau susu badan kerana mulutnya masih kebas dan kurang sakit untuk makan.


GEL ALOE VERA

Gel aloe vera semulajadi boleh digunakan untuk menyapu lepuhan atau bahagian yang terasa gatal.

Seeloknya, cari produk organik yang tidak berbau dan anti-alergenik supaya tidak mendatangkan kesan sampingan.


Gel ini amat sejuk dan dapat memberi kelegaan 


AIR KELAPA MUDA

Air kelapa muda yang kita biasa minum untuk demam juga boleh diberikan kepada anak kecil.
Elakkan menambah gula. Sebagai alternatif, boleh juga memberi air barli.
Ia mengandungi antioksidan yang melawan virus, sekaligus membantu menurunkan suhu demam anak.



BUAH-BUAHAN & JUS

Selain air kelapa, anda boleh memberi minum jus buah-buahan lain seperti oren atau epal yang kaya dengan khasiat vitamin C.
Kalau disejukkan, lagi bagus. Lebih mudah mereka minum. 
MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa dara juga antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kaki tangan dan mulut.
Selain digunakan pada luaran, boleh juga disapukan pada bibir bayi yang mengalami ulser.


MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun asli boleh digunakan seperti minyak kelapa dara.

Sapukan pada lepuhan dan ambil sedikit untuk disapu pada ulser mulut. Pastikan tangan anda benar-benar bersih sebelum memegang tubuh anak.
SUP AYAM

sup atau bubur ayam adalah antara makanan yang paling mudah diterima oleh anak-anak ketika tidak sihat.

Semasa membuat sup ini, pastikan anda melebihkan sedikit bahan yang bersifat antiviral seperti bawang putih dan sayuran seperti lobak merah.



Penggunaan Produk Shaklee dalam mengatasi Wabak HFMD:

1. Meal Shake - sebagai minuman tambahan sebab anak tiada selera makan. Nak buat ais krem pun boleh. 

2. Basic H - Sebagai basuhan tangan mahupun peralatan. Malah, mengemop persekitaran menggunakan Basic H juga terabit.

3. Herbal Blend - sapu pada kulit anak yang terkena HFMD. Malai adik beradik lain juga boleh galakkan pakai Herbal Blend ini sebagai losyen. 

4. Penggunaan Baby Set Shaklee - Boleh juga dipraktikkan kerana amat sesuai untuk baby apatah 
lagi kanak-kanak.





Neesa Halim
0133638180
1295428 
















0 comments:

Post a Comment