Review Kafe Daun Kaduk, Setia Alam.

Kini baru tahu ada kedai makan namany Kafe Daun Kaduk di Setia Alam. Kami mendapat undangan dari sahabat perjuangan dalam pendidikan awal kanak-kanak iaitu Pn Siti Ashiah dengan panggilan kmi pnggil beliau sebagai Kak Siti Jepun. Beliau belajar di Jepun terus melekat nama Jepun tu pada beliau. Kami rapat kerana Persatuan Taska Negeri Selangor.



















Terkejut juga dapat jemputan, beliau dan keluarga menyambut Anniversary Emak dan Ayah Abg Andry. Terima kasih di atas jemputan. So apa yang Neesa nak kongsikan ialah lokasi ini sangat senang nak parking. Tapi mana tahu kafe dah viral lepas ni penuh pula parking sebab semua orang setiap hari serbu pergi makan kat kafe Daun Kaduk tersebut. Hahahha sorry la terpaksa viralkan sebab bukan apa kafe ini mengingatkan kami dengan suasana di Bandung, Indonesia. Ada kafe dan band santai nyanyi lagu. Memang happening. Band ini boleh nyanyi pelbagai jenis lgu. Itu ceritera tentang band musik yang awesome. Suara vokalis pun sedap juga.

So makanan kami order  untuk first time makan ialah Spagetti Cabonara, Chicken Grill, Fish & Chips, Nuggets. Banyaknya kami makan... Jangan tak percaya kakak aliya boleh habiskan Chicken Grill dengan fresh orange. Ini memang tak percaya la. Susah juga kakak aliya nak makan western food ni. Biasa dia akan makan spagetti Cabonara atau spagetti bolognese. Dan dia boleh habiskan chicken grill tersebut. Maka sedap la kalau dah kakak aliya boleh habiskan makanan terebut. Boleh la try kan kalau sesiapa datang ke Kafe Daun Kaduk nanti.

Selain daripada itu, kami ada order Air Kaduk dan Fresh Orange. Dua dua pun minuman ini memang best. Alhamdulillah. Semoga you all try nanti sama la macam Neesa rasa. Sebab tekak dan selera orang lain-lain kan... Ada la banyak menu lain yang korang boleh try.

Apapun Neesa nak review

Makanan : 4.5/5
Tempat : 5/5 (bersih dan selesa untuk keluarga makan bersama-sama)

So korang apa lagi sesiapa yang berada di Shah Alam mahupun di Klang jom la pergi dan menjamu selera di Kafe Daun Kduk. Kafe ini dah buka selama setahun. Tapi Neesa baru tahu kafe ini. So Korang try la nanti dah try meh la komen pendapat korang tentang menu dan rasa yer.

Hope owner kafe Daun Kaduk baca la review Neesa ni. Heheheh. Korang semua datang dan cuba makanan dan nikmati suasana di kafe tersebut yer. Dah cuba komen di post Neesa yer. Yang mana boleh owner tambah baik untuk keselesaan customer. Band nyanyi pukul 8pm - 11pm tau. Kalau rasa nak lebih senyap boleh datang sebelum waktu tersebut.

Daebak yo with Neesa Halim
Enjoy your meal at Kafe Daun Kaduk later.

0 comments:

Post a Comment