Tahukah anda, Vivix merupakan sebatian resveratrol anti penuaan paling berkuasa, paling tulen dan paling kuat zaman ini. Dalam kajian makmal, bahan-bahan dalam Vivix telah menunjukkan memberikan kesan positif melalui empat mekanisme utama penuaan selular.
Soalnya, begitu banyak suplemen berasaskan resveratrol di pasaran, tetapi kenapa anda perlukan Vivix?




Mengapa Vivix lebih baik berbanding semua resveratrol lain di pasaran?

Dr. Stephen Chaney, seorang profesor biokimia dan pemakanan di University of North Carolina – Chapel Hill, telah mengarang lebih 80 kajian yang diterbitkan dalam sains dan jurnal perubatan, beliau menyatakan:
“Jawapan kepada soalan itu kerana resveratrol dalam Vivix bersifat tulen berbanding resveratrol lain di pasaran.” Hasil kajian Universiti Harvard pula menunjukkan jumlah resveratrol yang diperlukan oleh setiap orang adalah dalam skala yang lebih banyak.

Kebanyakan resveratrol di pasaran tidak cukup tulen. Anda boleh uji sendiri ketulenan setiap satu suplemen. Mudah sahaja, cuba masukkan dalam peti sejuk beku. Tengok samada ianya membeku atau tidak.
Kalau beku: tidak tulen
Kalau tidak beku: tulen

Di atas adalah penilaian secara ringkas sahaja. Sekiranya resveratrol yang anda ambil tidak tulen, anda akan merasai kesan sampingannya lebih berbanding kesan baik yang sepatutnya anda perolehi dengan pengambilan resveratrol.

Gabungan Resveratrol dan Polifenol Jadikan Vivix Antipenuaan Terbaik

Salah satu resepi terbaik Shaklee adalah kebijaksanaannya menggabungkan resveratrol dengan polifenol semulajadi. Vivix mengandungi polifenol yang kaya dengan asid elagik, ini sesuatu jumlah yang tidak terdapat di dalam wain merah (wain merah dikatakan mengandungi khasiat resveratrol tertinggi).

Asid elagik menghalang enzim yang terlibat dalam pembentukan protein AGE, iaitu salah satu daripada empat pusat mekanisme penuaan selular. Resveratrol mempunyai kesan ke atas enzim ini, tetapi menyekat tiga kunci lain mekanisme penuaan selular.

Secara ringkasnya, menambah kompaun polifenol yang mengandungi asid elagik dan 10 lagi polifenol bersama-sama resveratrol telah menjadikan Vivix lebih berkuasa berbanding suplemen berasaskan resveratrol tunggal atau polifenol tunggal semata-mata.

neesa halim

Neesa menggunakan youth shaklee ini baru juga lah. Kenapa Neesa mula pakai YOUTH shaklee ini kerana Youth boleh digunakan oleh pelbagai jenis kulit. Malah diuji secara klinikal tau. 


Ini team bintang. Namanya Diana kami panggil beliau Mek D dari kelantan. Beliau juga ada perubahan wajahnya lebih segar. Malah jeragat di wajah makin berkurangan juga. Ini yang amat membanggakan. 

Apa lagi yang best dengan Youth  ini ialah kami suka juga dengan kuantiti yang digunakan amatlah memberangsangkan. Sehingga kini neesa pkai selama dua bulan sudah masih bertahan lagi tau. Tipulah kalau tak habis langsung kan. Neesa suka sebab produk Youth ini membuatkan kulit kita lebih fresh. Itu yang neesa hendakkan almaklum umur dah masuk 3 series ini. Penuaan makin kiat berlaku tau. Maka skincare Youth amatlah berbaloi-baloi digunakan. 













Kini baru tahu ada kedai makan namany Kafe Daun Kaduk di Setia Alam. Kami mendapat undangan dari sahabat perjuangan dalam pendidikan awal kanak-kanak iaitu Pn Siti Ashiah dengan panggilan kmi pnggil beliau sebagai Kak Siti Jepun. Beliau belajar di Jepun terus melekat nama Jepun tu pada beliau. Kami rapat kerana Persatuan Taska Negeri Selangor.



















Terkejut juga dapat jemputan, beliau dan keluarga menyambut Anniversary Emak dan Ayah Abg Andry. Terima kasih di atas jemputan. So apa yang Neesa nak kongsikan ialah lokasi ini sangat senang nak parking. Tapi mana tahu kafe dah viral lepas ni penuh pula parking sebab semua orang setiap hari serbu pergi makan kat kafe Daun Kaduk tersebut. Hahahha sorry la terpaksa viralkan sebab bukan apa kafe ini mengingatkan kami dengan suasana di Bandung, Indonesia. Ada kafe dan band santai nyanyi lagu. Memang happening. Band ini boleh nyanyi pelbagai jenis lgu. Itu ceritera tentang band musik yang awesome. Suara vokalis pun sedap juga.

So makanan kami order  untuk first time makan ialah Spagetti Cabonara, Chicken Grill, Fish & Chips, Nuggets. Banyaknya kami makan... Jangan tak percaya kakak aliya boleh habiskan Chicken Grill dengan fresh orange. Ini memang tak percaya la. Susah juga kakak aliya nak makan western food ni. Biasa dia akan makan spagetti Cabonara atau spagetti bolognese. Dan dia boleh habiskan chicken grill tersebut. Maka sedap la kalau dah kakak aliya boleh habiskan makanan terebut. Boleh la try kan kalau sesiapa datang ke Kafe Daun Kaduk nanti.

Selain daripada itu, kami ada order Air Kaduk dan Fresh Orange. Dua dua pun minuman ini memang best. Alhamdulillah. Semoga you all try nanti sama la macam Neesa rasa. Sebab tekak dan selera orang lain-lain kan... Ada la banyak menu lain yang korang boleh try.

Apapun Neesa nak review

Makanan : 4.5/5
Tempat : 5/5 (bersih dan selesa untuk keluarga makan bersama-sama)

So korang apa lagi sesiapa yang berada di Shah Alam mahupun di Klang jom la pergi dan menjamu selera di Kafe Daun Kduk. Kafe ini dah buka selama setahun. Tapi Neesa baru tahu kafe ini. So Korang try la nanti dah try meh la komen pendapat korang tentang menu dan rasa yer.

Hope owner kafe Daun Kaduk baca la review Neesa ni. Heheheh. Korang semua datang dan cuba makanan dan nikmati suasana di kafe tersebut yer. Dah cuba komen di post Neesa yer. Yang mana boleh owner tambah baik untuk keselesaan customer. Band nyanyi pukul 8pm - 11pm tau. Kalau rasa nak lebih senyap boleh datang sebelum waktu tersebut.

Daebak yo with Neesa Halim
Enjoy your meal at Kafe Daun Kaduk later.


Apa yang membuatkan pembersih organik Basic H ini begitu berbeza? 

1.             Pertama, ia adalah mempunyai pH seimbang untuk badan manusia. 
2.             Tidak seperti cuka, yang sering digunakan sebagai pembersih rumah organik alternatif, Basic H mempunyai enzim hidup di dalamnya untuk bekerja keras membersihkan untuk anda. 
3.             Bahan-bahan utama dalam Basic H secara lestari diperoleh daripada jagung dan kelapa dan tidak mengandungi sebarang sebatian organik meruap (VOC ini), fosfat, pewarna, racun, wasap berbahaya, bahan kimia berbahaya, klorin atau wangian. 
4.             Ia mampu terurai dengan cepat
5.             Basic H tidak menimbulkan kemudaratan kepada ekosistem air kita dan sebaliknya, ia boleh memberikan manfaat sebagai makanan tumbuhan.
6.             Sesuai sangat digunakan untuk ibu mengandung


Disini saya sertakan beberapa kegunaan Basic H secara umum.

1. Mencuci dan membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia.  

Caranya: Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

2. Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet. 

Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

3. Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada bahan awet. 

Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

4. Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.

Caranya : Masukkan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak yang berminyak.

5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya.

Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak di bersihkan kecuali tandas dan bilik air perlulah di berus.

6.Mencuci badan,tangan dan kaki daripada kotoran ,pijar lada, dakwat marker pen , minyak dan sebagainya.

Caranya: Basuhkan tangan dengan air, kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian di gosok-gosokkan kemudian di bilas.

7. Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan.

Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian cuci alat mainan, manakala bagi lantai pula tidak perlu di bilas selepas lantai di mop kerana ia mudah kering dan ia tidak melicinkan lantai.

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya.

Caranya : Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian di gosok-gosok hingga tertanggal.

9. Mengasah Pisau

Caranya: Titikkan 4-5 titik pada pisau  dan asah pisau seperti biasa.

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya

Caranya: Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian  di bilas.



Tetapi botol kecil ini boleh menghasilkan 48 gelen bancuhan yang selamat dan benar-benar berkuasa.




APA ITU BASIC H?



Basic H adalah pencuci biodegradable yang tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa pewangi dan tanpa klorin. Ia dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960.

Istimewanya Basic H ni ianya dua kali ganda lebih pekat (16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air)  untuk memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

Basic H ada 1001 kegunaan dan di belakang botolnya ada ditulis hanya 3 kegunaan sahaja ie cuci lantai, tingkap dan perkakas dapur. Lagi 997 kegunaan adalah hasil eksperimen lebih 700 000 ahli di seluruh dunia.

Kandungan utama Basic H adalah minyak jagung dan minyak kelapa.


KENAPA BASIC H SELAMAT?

Organik
Tanpa toksin
Boleh terurai
Tanpa bahan kimia
Lebih pekat
Pencuci semulajadi nombor 1



Kegunaan Waktu Kecemasan

1. Menghapuskan kutu di atas kepala.
Caranya: Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15minit barulah
di bilas.

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Caranya: Sapukan terus Basic h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan mengelembung atau melecur bahkan akan terasa sejuk.

3. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas,nyamuk, semut,lalat dan sebagainya.
Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam botol semburan bunga yang di campur air kemudian semburkan pada serangga.

4. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor)
Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic
H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit Gigi
Caranya : Masukkan 4-5 titik Basic H ke dalam cawan yang di campur air kemudian kumur .Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 titik Basic H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang ( masalah kulit)
Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat yang gatal mengunakan span mandian kemudian bilas.

7. Ulser dan mulut berbau
Caranya: Tuangkan  4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur ( sekerap mungkin)

8. Penyubur tanaman dan pengembur tanah
Caranya: Air lebihan cucian Basic H boleh di siram  pada pokok bunga dan tanaman lain untuk kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.
Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan sehingga 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.


Chicken pox atau nama lain cacar air. Chicken pox berlaku disebabkan oleh virus Varicella (virus jenis herpes) dan ia sangat mudah berjangkit. Chicken pox boleh berlaku pada semua orang tidak kita kanak-kanak atau orang dewasa. Tapi, orang dewasa akan mengalami chicken pox yang lebih teruk.


Chicken pox ini boleh merebak menerusi sentuhan, cecair, bahan yang tercemar dengan cacar apabila ia terkena pada pakaian, ataupun tuala daripada orang yang terkena chicken pox. Orang yang terkena chicken pox boleh menyebarkan virus dan menjangkiti orang lain dalam tempoh 48 jam sebelum ia menjadi ruam dan timbul cacar air. Apabila cacar air tadi sudah kering dan berkeruping barulah ia tidak akan merebak. Tapi anda perlu berhati-hati juga.


Tanda / Gejala Chicken Pox

·               Demam dengan bintik merah di badan
·               Ruam naik dalam 2 minggu selepas jangkitan 
·               Bintik merah makin bertambah banyak dan membentuk gelembung berisi air
·               Gelembung yang pecah akan kering dan berkeruping
·               Badan akan rasa gatal
·               Sakit perut
·               Tiada selera untuk makan
·               Sakit kepala
·               Rasa tidak selesa
·               Badan rasa letih

Apakah chicken pox berbahaya?

Chicken pox berbahaya dan berisiko kepada:

·               Bayi yang baru lahir dan si ibu tidak pernah terkena chicken pox.
·               Ibu yang mengandung - bayi berisiko cacat, tidak cukup berat, jangkitan dan berbahaya untuk nyawa bayi.
·               Mereka yang lemah sistem pertahanan badan.







Cara Merawat dan Menghilangkan Parut Chicken Pox Dengan Cepat 


1. Air Kelapa

Anda boleh cuba minum dan menyapu air kelapa pada chicken pox. Air kelapa mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral dan zat galian. Yang penting dalam air kelapa ini juga ada asid laurik dan cytokines yang bagus untuk membantu menyembuhkan dan melembutkan kulit, memperbaiki parut, kulit kering, kedutan dan sebagainya. 


2. Jus Lemon
 
Anda boleh menyapu jus lemon pada parut chicken pox. Lemon kaya dengan vitamin C yang penting untuk menghasilkan kolagen dia dalam badan. Kolagen sangat penting untuk kulit kerana ia boleh memperbaiki kulit yang rosak seperti parut chicken pox. 


Selain itu, lemon juga ada mengandungi asid alpha hydroxy (AHA). Ia boleh membantu memperbaiki dan menipiskan parut pada kulit yang disebabkan chicken pox. 

3. Madu

Anda boleh menyapu madu pada kulit. Boleh mencampurkan madu dengan oat dan jadi scrub untuk disapu pada parut chicken pox. Madu boleh membantu memperbaiki parut, memulihkan sel kulit mati tukar kepada yang baru dan melembapkan kulit yang kering.


4. Lidah Buaya

Lidah buaya atau Aloe Vera antara yang terkenal untuk kulit. Ia juga bagus untuk merawat kulit dan kesan parut chicken pox. Anda boleh menyapu gel aloe vera pada parut chicken pox setiap hari.  


5. Menyapu baking soda pada kulit

Ini untuk mengelak dan mengurangkan gatal-gatal serta ruam akibat chickeb pox. 

6. Mandi dengan air halia

Ia juga baik untuk mengatasi dan menghilangkan gatal akibat chicken pox pada kulit anda.

7. Jangan takut untuk mandi

Mandi boleh membersihkan badan anda yang ada kesan chicken pox, mengurangkan demam & rasa gatal pada badan anda.


8. Duduk di tenpat sejuk atau berangin
 
Tujuannya untuk mengelak kulit berpeluh yang boleh menyebabkan ruam terjadi pada kulit terutama di kawasam terkena chicken pox. 


9. Jaga makan. 

Sebaiknya bila terkena chicken pox anda digalak mengambil buah dan sayur terutama yang ada vitamin C. Elakjan mengambil makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti telur, daging, makanan laut dan produk tenusu. 


10. Banyakkan minum air kosong

Ini bagi membantu anda kehilangan air yang banyak atau dehidrasi. Dehidrasi boleh melemahkan sistem imun tubuh anda dan boleh melambatkan proses pemulihan.




NutriFeron

Penggalak imun semulajadi. Ia meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan virus yang menyebabkan chicken pox. Lebih mudah untuk diambil kerana dia dalam bentuk paket.

2. Vitamin C

Tinggi antioksidan juga baik untuk memperkuatkan sistem ketahanan badan masa terkena chicken pox. Demam cepat kebah. Vitamin C juga baik untuk kulit, dia membantu menghasilkan kolagen. Jadi parut dan kesan chicken pox akan cepat pulih dari biasa.




3. Vitamin E

Terbaik untuk parut untuk memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat chickex pox. Amalkan setiap hari parut boleh pudar dan kulit tak kering.

4. Performance Drink 

Mencegah dehidrasi / kehilangan air masa terkena chicken pox. Bila cukup kandungan air dalam badan, badan anda tidak akan berasa letih dan lesu.

5. ESP 

Protein untuk membantu memperbaiki sel-sel kulit yang rosak kesan daripada chicken pox. Jika ada bekas chickex pox berwarna gelap anda boleh mengamalkan ESP kerana ia boleh mecerahkan bekas parut hitam. Proses penyembuhan kulit dan luka juga lebih cepat sembuh dari biasa.

Untuk kanak-kanak, anda boleh gantikan ESP dengan 
Meal Shakes

6. Herbal Blend Cream

Krim terbaik untuk kulit kita. Sangat bagus untuk disapu pada kulit anda bagi membantu mengurangkan rasa gatal, memperbaiki parut dan membantu kulit yang kering dan berkeruping. Krim ini sesuai untuk bayi, kanak-kanak hingga dewasa.


Jika anda ada mengalami chickex pox, mulakan rawatan dengan segera. Jangan biarkan parut dan kesan chicken pox. Ia boleh diperbaiki. Yang penting kita berusaha untuk merawatnya. 


Neesa Halim
0133638180